Hey people hey. Assalamualaikum :) Nak update rasa macam malas yang teramat sangat. tapi takpe... kita teruskan niat nak meng-update nyaa. hahahha. ok ok dah.

Start story. I miss 2012. Really really miss. Saya rindu sepanjang perjalanan menghadapi zaman "form3". I think, kenangan form3 paling best dan kenangan yang paling paling tak dapat dilupakan. You know what? even ada PMR pun kitaorg still enjoy everyday. main main dalam kelas. selalu bercakap. berjalan with geng. Ahakss. really miss. sekarang rasa macam lain sikit sebab dah satu sesi :( tak best.

Korang yang form3 tu. hargai k zaman form3 korang. kenangan form3 adalah kenangan yang tak boleh dilupakan sampai bila bila. Waktu trial, semua buat buat gementar. tapi hakikatnyaa tak pun. haha. kitaorg still main main belajar. Bila dah dekat exam. baru lah nak buat study group lah, itu lah ini lah. tapi still dapat faham even bila study group tu banyak "bergosip" hahaha. biasalah. perempuan kan? xD

Then then, waktu amik PMR best! hahaha. cikgu dari sekolah lain jaga. Ada sorang cikgu tu kitaorg panggil dia cikgu 'mitsubishi' hahahha. yang tu mmg tak boleh lupa k! sebelum start exam. dia pergi kat cermin besar belakang kelas. ingat dia nak buat apa, rupanya nak betulkan rambut dia. haha. tergelak semua. mmg lawak. Waktu dah start exam dia suka 'tidur'. haha kantoi kan ;p Ingat masa nak mintak izin dia pergi tandas. dia bagi. sepatutnya ada cikgu mengiring kan. then terus keluar laju je. Dia kata 'eh kau ni. laju je. cer bersabo' hahaha. satu kelas gelak. bengang je. haha. kenangan tu mmg susah nak lupa.

Lepas PMR. ada aktiviti lepas pmr pulak. best gila gila k. Lepas perhimpunan, pelajar form 3 semua pergi padang menari J-Robik. senang je. dah biasa buat. kihkih. best k. lepas dah habis. semua tepuk tangan. Kita suka masa nari dgn nyanyi im 4 u. bila budak lelaki dah habis nyanyi dgn nari je. diaorg terus pusing belakang tengok kitaorg. semua budak perempuan dah kebelakang dah. hahahha. Kitaorg ada group sendiri. Group saya no 10. Nama group success. Hey success. Do you remember me? Do you remember our group? I miss you group Success. Lelaki dgn perempuan campur group. Tapi i think tak banyak sangat lah kerjasama. Tag kitaorg still ada lagi. pegi mana mana, keluar dari dewan ke, g kantin ke, still pakai. Aduhh, rindunyaaaaa :(( Guys, jgn lupa kenangan form 3 eh? :(

Waktu explores, cari bahan, masatu kerjasama :) waktu pakai straw dgn sudu tu amik air. eyy. hahaha geli sikit. then belari cari cikgu yang pegang bahan tu macam org gila. terjerit sana. belari sana sini. sampai dah blank. haha. tapi best sangat! Masa masak tanpa api, makanan semua best best. tu yang suka tuuu. suka k masa masak tanpa api, dapat rasa kek org, dapat rasa makanan org. tapi, tak dapat sangat makan nyaa. diaorg dah pelahap dulu :( hahaha kemas je lebih. Tapi, alhamdulillah. semua ok :)

Ada lagi, cikgu ada buat pertandingan bicara berirama. Dan, jangan tak percaya.. saya boleh buat bicara berirama. Padahal kitaorg punya group baru berlatih waktu hari nak bertanding tu. tapi dapat no 4. Hebat kan? tengok lah group apa. Group Success! Hahahaha.

Kenangan form3 tak boleh dilupakan sampai bila bila. Always in my mind and my heart. Yang form3 tuu. hargai lah k. mesti korang best nanti ada program lepas pmr. Hm jelly :(( Sokay. Just nak bagitau, saya RINDU 2012. Kbye. Assalamualaikum :')

No comments:

Post a Comment